Sudah 2 hari saya tak update blog ni. Sibuk dengan tanggungjawab utama sebagai pekerja di sebuah syarikat swasta. Walaupun begitu saya masih lagi sempat menghadiri klas perniagaan yang diadakan di Batu Caves tempohari. Bukan itu saja, saya juga sempat berjumpa dengan bakal-bakal pelanggan. Biasanya perjumpaan dengan pelanggan berlaku selepas waktu pejabat. Semasa menghadiri kelas saya dapat bertemu dengan mereka yang telah berjaya dalam perniaggan PB. Tak perlu saya nak cerita berapa pendapatan mereka sebab saya tak seronok nak ceritakan dan sogok bakal pelanggan dengan cerita kejayaan mereka. Jika pelanggan nak tahu kejayaan mereka anda boleh baca sendiri. Perniagaan bukan hanya dengan angan-angan tapi komitmen, perancangan dan bekerja secara berkumpulan. Semua orang boleh berjaya cuma diri anda sendiri yang tentukannya bukan mereka yang telah berada diatas sebab mereka memang telahpun berjaya. Walau bagaimanapun terima kasih atas khidmat nasihat dan tunjuk ajar bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan saya terutama pada CDM yang secara peribadi ingin menghulurkan bantuan dan tunjuk ajar. Sudah tentu saya akan menggunakan peluang ini untuk mempelajarinya. Saya tahu tanpa usaha dan panduan saya tidak akan kemana. Usaha yang berterusan dan komitmen perlu bagi menjamin hala tuju yang hendak dicapai.

Apa pun perniagaan, khidmat pelanggan adalah paling utama
Tanggugjawab sebagai penjual bukan setakat menjual produk kepada pelanggan saja. Kebersanan dan kepuasan pelanggan adalah pekara utama yang perlu diambil kira. Kalau pelanggan merungut pasti akan memberi kesan kepada saya. Setiap produk yang dijual saya akan mengikuti perkembangan pemakai. Alhamdullilah setakat ini tidak ada komen yang tidak baik. Yang penting adalah kepuasan pelanggan dan yang kedua adakah ia berkesan kepada pelanggan. PB bukan produk yang boleh terus dijual begitu saja. Saya dan pembeli perlu berbincang. Khidmat yang diberikan lebih kepada hubungan peribadi. Saya perlu berinteraksi bagi memahami masalah pelanggan. Bentuk badan dan kontur badan pelanggan perlu diambil kira supaya saiz yang bersesuaian akan memberikan keselesaan dan berkesan kepada pelanggan.
Pagi tadi saya menerima maklumbalas daripada seorang pelanggan beliau selesa dengan PB dan ada kesan positif setelah memakainya. Terima kasih dengan respon yang diberikan walaupun masih baru lagi ia memberikan semangat kepada saya untuk memperkenalkan PB pada orang lain. Bukan pelanggan saja, saya sendiri memakainya dengan sistematik dan memang berkesan. Alhamdullilah..
0 comments: